Wednesday, December 29, 2010

muhaSabah..


aku mahu menjadi seperti bunga yang mekar......








Muhasabah..




Ya Allah.... aku hanya mengharapkan cintaMu tuhan....TIADA YANG LAIN...


Cinta pada manusia telah membawaku jauh daripada rindu pada Mu...
Ya Allah sekiranya belum sampai waktunya, kau tutuplah hatiku daripada mencintai insan..


Biarkan aku bercinta dengan dakwahMu. Bercinta dengan perjuangan suci agamaMu ini..
Hanya Engkau yang dapat membimbingku untuk menjadi insan terbaik, setelah semua yang ku harapkan cuma membawaku lebih jauh dariMu..




Ya Allah, hanya engkau sahaja yang tahu, sekuat mana keinginanku untuk berubah....namun Allah..begitu kuat juga ujian Mu untuk menguji keikhlasanku Ya Allah..Terduduk aku menangis ya Allah...Aku menangis bukan kerana lemah...tetapi aku menangis kerana aku merasa gagal dalam ujian ini...aku menangis kerana aku telah menjadi agen kepada syaitan,musuhku...untuk merosakkan hamba-hambaMu yang lain.. 


MasyaAllah..
Ya Allah, kini aku kembali telah kembali ke jalan yang Kau murkai.. setelah 2 tahun Kau membawaku jauh dari jalan ini...tetapi dalam masa 1 hari, aku telah gagal dalam ujian Mu..Aku tidak setabah yang ku sangka.. 


Ya Allah...sesungguhnya aku amat sedih dan kecewa sekarang...
Innalillahiwainnailaihiroji'un...




Ya Allah...hanya Engkau sahaja yang tahu betapa aku tidak menginginkan cinta sebelum pernikahan..  
hanya Engkau jua yang tahu seberapa banyak usaha ku di jalan itu.. 




Aku mohon ya Allah.. Aku tahu, hanya Engkau sahaja yang tahu, betapa hambaMu ini lemah hatinya.. Jadi Ya Allah...aku memohon dari dalam hatiku..aku amat mengharap..hindarkan lah aku dari ujian sebegitu rupa ya Allah.. 


aku sangat membenci diriku kini..aku tahu betapa aku telah tersenyum dalam kemurkaanMu semalam.. Ya Allah...aku juga akan berusaha sekeras-kerasnya dan sedayanya, setakat yang aku mampu untuk menghindari semua ini secara total.. Kau terimalah rayuan ku ini...




Sesungguhnya Engkau maha pengampun ya Allah..Tiada tempat lain untuk ku meminta pertolongan selain dari Mu... Aku tahu, begitu banyak dosaku padamu sehingga aku terasa malu untuk meminta keampunanMu terhadap dosa-dosa yang sama..


tapi Ya Allah...aku tahu, tiada tempat lain untukku meminta pengampunan selain diriMu..
maka Kau terimalah permintaanku.................................




Aku memohon dengan seluruh isi hatiku.... Kau tutupilah hatiku daripada mencintai insan yang haram bagiku selama mana aku masih belum bernikah...Aku mohon agar tidak diuji dengan ujian berbentuk itu ya Allah kerana aku tidak sanggup kehilangan cinta dan rinduku padaMu... 


aku tidak sanggup lagi tersenyum dalam pengkhianatan terhadap agamaMu..
aku tidak sanggup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Ya Allah aku tahu, untuk membina keluarga muslim,AKU dahulu, AKU dahulu yang harus menjadi sepenuh muslim yang sejati...Aku tidak mahu bercinta dengan manusia sekiranya Engkau hanya akan jauh dariku...Ya Allah...jangan lah Kau biarkan aku lalai walau hanya sekelip mata cuma...




Sekiranya Engkau merasakan nikah itulah yang terbaik untukku sekarang, Kau permudahkanlah jalannya ya Allah dan jangan Kau susahkan.. Perindahkanlah pengakhirannya.




Tetapi Ya Allah, sekiranya sepenuh tenaga ku kini diperlukan dalam jalan dakwah ini, Kau jauhkan lah aku dari ujian2 hati ya Allah kerana aku tidak cukup kekuatan itu ya Allah..




Ku mohon, kau tutupilah sahaja hatiku ini sebelum tiba masanya..
Aku pertaruhkan cinta hatiku padaMu, dan aku mohon kau kembalikannya padaku disaat tiba waktu aku memerlukannya..Hanya Engkau lah sebaik-baik tempat aku pertaruhkan sesuatu...





Thursday, December 23, 2010

VieW 4 LoVe




seronoknye!! seronoknye!!

wah..tetibe je azi nak bincang soal cinta ni..apakah yang telah terjadi? adakah sebab teringatkan buku nota biru si ina yang jiwang tu..ahaks!! 

OK, aku nak cakap pasal cinta ni sebab aku geram dengan apa yang berlaku dengan diri ni sekarang.. Apakah yang telah terjadi dengan perasaan ni. hehe. Aku dah 20 tahun OK, jangan ade sesiapa yang mengada-ngada pandang pelik kat aku ek..

Semalam dalam meeting nisa' Kelana Jaya, akhir meeting tu, ada la macam cerita makcik2, anak kepada makcik ape entah dah nak nikah..umur 21 tahun, dia amik perakaunan kat UiTM. OH MasyaAllah...Allah telah mempermudahkan perjalanan hidupnya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w (lebih kurang) 
“kemulian wanita terletak dalam tiga perkara:

1.Cepat kahwin
2.Murah maskahwin
3.Cepat beranak.”

Aku pon dok terfikir, mesti dia akan lebih mudah untuk fokus dalam urusan gerak kerja Islam..Hati dia akan lebih tenang dan dia pun akan sentiasa dibimbing oleh suami untuk meneruskan perjuangan menempuh onak duri menuju syurga Ilahi. InsyaAllah..
Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang soleh.


Ahhh aku geram dengan mangkok2 yang dok ber yayang yayang, ber papa mama, ber walid umi.. tapi belom kawen. Such a lame, loser sangat2 punye worang. Weh sedar2 lah, jangan perasan sangat la wahai orang2 kampung sekalian.(ina jangan terasa k) 


Dah la camtu, nak tayang2 pulak kat orang lain!! Oh get a life, friend! sedar2 la korang, kita ni sekarang tengah berperang untuk membetulkan aqidah umat Islam kat Malaysia ni. Korang jangan la jadi lagi teruk dari lumut. Nak menambah nambah masalah.. 


Aku marah la sebab benda2 yang korang buat tu boleh pengaruh orang sekitar korang..Lagi2 kalau korang kawan dengan adik beradik aku yang ramai ni..Korang macam dah jadi racun sebab secara tak sedar, korang dah pengaruhi orang lain. Senang la kerja2 setan nak merosakkan umat, rupanya sebab ada yang jadi agen!! Entah2 setan pon tak sangka!


Aku mengaku, aku dulu pon pernah couple, memang aku faham la macam mana perasaan orang yang bercouple ni. OH!  Memang rasa happy teramat sangat. in love habes! rasa macam orang lain semua tak penting sangat.. Boleh pulak kadang2 sampai tak dengar pon orang lain tengah bercakap ngan kite. Orang sume hambur la ape2 jenis nasihat pon, memang tak masuk telinga la beb.. 


Sebab tu la aku keras sikit kali ni, kalau2 la terbukak sikit minda tu untuk fikir. Nasihat ni ada banyak2 jenis. kalau 1 cara je, mampus orang tak dengar. 


Aku pon dulu waktu ber'couple' tertunggu-tunggu gak kalau2 ade orang nak nasihat aku. Tapi tak, yang dok jeling2 adelah. dalam hati aku fikir gini je.


"ape jeling2, jelous ke cik minah oi."


Mana ade masa aku nak tafsir sendiri maksud2 jelingan tu . Tapi alhamdulillah memang aku bersyukur sangat.. tak pernah la aku benarkan sesiapa sentuh apa2 bahagian, termasuk kulit2 aku. Memang hilang terus la respek aku kat lelaki yang nak sentuh2 aku. hahaha sebab couple aku dulu tu pun imam la, tukang azan la (tak boleh bla, padahal perangai same je! wadehel) Bila si lelaki tu minta nak pegang tangan, terus aku rasa macam dah fobia nak bercouple sebab asyik aku je yang kena jadi polis dalam hubungan tu..Pastu, asyik aku je yang bagi tazkirah.. Ngok! waktu tu aku macam harap ade orang dapat bimbing aku la...I know, I am so pathetic at that time.. waktu tu memang nak cari jalan yang lurus la...tapi takde orang nak bimbing...sekolah aku pon mane ade usrah2 ke hape2 yang islamik, masuk dorm je lagu cinta, cerita cinta la, dari malam ke pagi..oh I miss my friends a LOT..!!  Jadi, akhirnya, aku dok suke kat mat2 surau ni la..ngeee



I miss this moment... ='(

Ok, sekarang ni aku nak stress kan, (memang aku stress). Aku memang sakit hati tahap gaban sangat2 la kat satu puak lagi, puak2 lelaki yang sibuk2 nak mengada-ngada, konon nak kenal2 dulu la perangai kita (cis, habis tu pertunangan tu untuk kau main2 je ke), lagi2 yang tenung kita lama2 tanpa perasaan malu (weh, seriously apekejadah punye perangai, memang awal2 aku sumpah seranah kau--dalam hati).

Aku dengar kat TV tadi, kita pilih pasangan kita, bukan untuk kita pon, untuk anak2 kita nanti...untuk lahirkan pejuang2 Islam, aku nak sangat anak2 aku mendapat ayah yang soleh..sebab mak die ni tak berapa nak solehah lagi (err, tak solehah tapi harap nak suami soleh...memang standard orang kite la!) haha!



Bosan2, aku pun terbaca surat ni kat internet..lawak2 je ..

--------------------------------------------------------------------------------

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..



Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?


Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket
konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat org lain. Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!


Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!


Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu! Janganlah buat gua macam ni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macam ni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takde pun macam ni. Lu tak kisah pun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal!



Lu pikirlah sindri! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!


Akhir kata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!




Yang Benar,
Gua



KerJa PerTama

Sebenarnya aku baru habis contract, 
kerja kat private office, shah alam. Best sangat kerja kat situ. enjoy habis la!! ngiahahaha. Enjoy. Ye la, cuba bayangkan, start kerja kol 10 pagi, habis kerja kol 5 petang. Sehari RM40 pulak, rasa macam mewah sangat.

Walaupun aku cuma petugas sambilan, contract 2 minggu je!  Jadi, dengan elaun yang banyak camtu, aku terteleng-teleng jugak la kat pekerja-pekerja tetap kat situ, nak tengok cara diorang kerja. Memang aku salute habis2 la! Hebat sangat!!! Boleh buat lawak2 lagi. Rehat pun tak tentu masa. Kerja memang selalu jalan je. Macam takde stress pon kerja dengan diorang ni. But the weird thing is, diorang tak hidup mewah. Uish respect la!! Mungkin ini la cara hidup kebanyakan orang jemaah. Asal cukup.

Minggu pertama aku kerja kat situ, aku rasa semangat gile. Mungkin sebab aku tak pernah kerja sebelum ni. Ye la, mak memang tak bagi langsung.. Ni pun jenuh la aku memujuk sampai merajuk-rajuk. 

Dia kata,
 " kau keje kat umah je la...mak bagi setiap hari rm50."

Sedih jugak la dengar, tapi aku takleh biarkan, sebab SETIAP KALI aku minta nak kerja, memang mak aku akan guna ayat tu! TOLONGLAH FAHAM...... hihi. Jadi aku kena tegas sikit la. I want to grab the precious experience!!

Em, nak jadikan cerita, kerja aku tu macam kerja dengan telefon je. Macam kerja operator.(bapak senang!) Tiap2 hari aku kena call berpuluh-puluh orang untuk kumpul maklumat. Orang2 yang berpuluh-puluh tu semua, setiap hari kena call. Orang yang sama pulak tu. 

Yang paling tak boleh bla sekali, minggu pertama tu aku langsung tak on FB kat office. Aku risau sangat tersalah guna facilities kat situ. Tapi bila sampai minggu ke-2, macam2 dugaan dah datang. Nak follow-up orang2 yang aku call sebelum ni, majoriti dah off handphone diorang (sabar je la!). Jadi, bosan2, aku pon on la FB. Pastu ramai pulak kawan2 dok chat kat FB,

" gi keje laa "  Wekkk..  Aku persetankan aje sume tu. Hahaha! korang tak rasa betapa bosan tahap dewanya aku kat situ. Aku sekeh sorang2 baru tau...

There's 1 scene paling mencabar dalam pekerjaan aku. Perbualan aku dengan seorang yang bertahap 'pakcik' ni telah meluka dan mencarik-carikkan hati aku ni.
Ok, aku ni sebenarnya memang jarang sangat2 bercakap dengan lelaki dalam telefon. Walau dalam bab2 kerja pon, aku prefer SMS je daripada call. Mungkin sebab pengalaman aku waktu sekolah menengah dulu, banyak mengajar aku. Aku baru tahu lelaki mudah tertarik dengan suara perempuan. OH MY. Tentang aku waktu sekolah2 dulu nanti aku post kan kat posting yang lain ek. hehehe

Perbualan dengan pakcik tu terjadi camni,

 " Assalamualaikum encik ___, saya dari pejabat____ nak bertanya jika encik ada sebarang masalah berkaitan dengan penyediaan data-data yang saya minta haritu? "

"Oh engkau...em sebenarnya masih belum selesai lagi. Sedang dalam proses mengumpul maklumat2 yang berkenaan"

"Takpe2, ok la tu, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 ye encik ___, nanti saya akan follow up semula"

"Eh kejap2, nama engkau ni siapa ya, nama aku engkau tahu...meleleh air liur aku dengar suara kau ni tau, takkan nama tak bagitahu"

"Nama saya azizah"

"Engkau belajar lagi ke sekarang"

"Sekarang tengah bekerja, Ok ye encik, assalamualaikum"

MasyaAllah. Waktu tu aku rasa macam ada batu besar gabak dah hempap kepala otak aku..aku rasa macam pening2, macam aku la perempuan paling tak guna sekali dalam dunia (office) ni. Sedar tak sedar, terhinjut2 jugak la aku menangis sorang2...

Aku sedih sangat. Aku dah buat suara yang melentok2 ke selama ni? TAK, seingat aku, memang macam tu je la gaya aku bercakap dengan semua orang pon selama ni. 


“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”

Aku bertekad tak telefon lagi lepas tu. Bayangkan je la, sampai aku contact semua orang guna SMS daripada handphone sendiri je. Memang kopak la topup tu tapi aku lebih rela! Lepas aku dah cerita kat mak, mak aku pun cakap, 

 "Itu dah kerja kau, kau kena la buat. Tak kisah orang lain tu nak cakap apa pun, itu dosa dia. Ingat, niat kau kerja kerana Allah"

Aku pon SMS je kat mak, sebab malu nak cakap..

"Mungkin suara azi lembut kot mak"

mak pon balas "Suara kau tak lembut"

hahahaa...tergelak besar aku sorang2 kat office. =p

Aku rasa aku dapat 1 pengajaran besar jugak. Apa2 pun, tak kisah la dengan lelaki mana pun, seorang perempuan tu mesti tegaskan suaranya. Tak kira la lelaki tu dah tua ke, baru akil baligh ke..bagi aku, sama je. Kecuali kalau budak kecik ataupun atok2...

Ini la salah satu kelemahan aku, susah gila nak tegas2 kan suara. Yela, dari kecik lagi kena buli dengan ani!! ye, ani la!!! ahahaha.. Mungkin sebab tu kot aku macam susah sikit la nak tegas2 dengan orang. (standard orang kite, suka salahkan orang lain)

Jadi kesimpulannya, aku harap lepas ni semua perempuan2 dapat tegaskan suara dengan lelaki yang bukan mahram baginya.. Kalau korang pun ada masalah macam aku, kita cuba limitkan perbicaraan dengan lelaki. Ataupun kite pergi je belajar teknik2 bercakap secara tegas dengan konsisten. haha! siapa boleh ajar aku ni..ANI!!! meh sini... ahahaha..



Monday, December 20, 2010

MaSa SiLam, ape Kaitan?

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah setelah diberi kekuatan...akhirnya dapat la jugak aku menulis di blog ini..Coretanku pada blog ini, mungkin kebanyakannya hasil daripada pengalaman hidup aku sendiri selama bergelar manusia. Ye la, dah mati nanti...tak boleh dah nak tulis2...Sebab tu namanya 'nota sebelum noktah'..


Post pertama ni.......rasa macam seronok pulak nak bincang tentang masa silam...dan kaitannya dengan kita semua..Disebabkan aku ni suka berkawan dengan semua jenis manusia...maka dapatlah aku ambil beberapa kisah2 hidup kawan2 sebagai panduan dalam hidup sendiri...


Aku tak berapa pasti kenapa...kawan2 yang selalu bercerita tentang kisah silam mereka pada aku, ialah yang freehair(please, I'm not discriminating anyone) ..


 Walaupun aku ni prefer pakai pakaian yang labuh2..tapi adik angkat, kakak angkat..termasuk kakak kandungku sendiri seorang yang freehair.. Jadi, ape nak heran..aku pon freehair jugak kat dalam rumah aku..Ok, aku mengaku la, waktu aku darjah 4, aku dah nangis2 dah nak bukak tudung,nak jadi tumpuan ramai orang, nak masuk team olahragawati kat sekolah...memang ramai sangat kawan2 yang freehair waktu tu..Tapi, kakak aku yang waktu tu darjah 6, pujuk aku...yang hebatnya, die pujuk aku untuk terus bersabar dan ingat azab2 Allah kat akhirat nanti...Aku nangis2 lagi sambil ikut dia lari2 1 padang sekolah...(2 orang je) dan tengok rumput2 yang Allah cipta tu..aku tiba2, dalam dilema..terus jadi sangat takut untuk buka tudung..




Tu la aku rasa,  kalau budak2 kecik dah diberitahu tentang azab2 Allah, ciptaan2 Allah...mesti mereka takut dan sedar akan adanya pembalasan atas setiap perbuatan...Tapi, budak2 sekarang, dimomokkan dengan cerita hantu, cerita2 jiwang...jadi ketakutan yang sepatutnya pada Allah dan azabnya, bertukar jadi takutkan hantu! dan takut terlepas cerita jiwang2!! Kuajak btol...sampaikan adik2 aku nak terberak pon, dah taknak tutup pintu tandas tu..Tensionnyaa!!


Ok, back to the topic...Aku amat gemar dengar kisah2 silam yang diceritakan pada aku...Aku ni sensitif sikit orangnya...kadang2, aku pun ikut menangis keluar hingus sama2 sebab terlalu sedih dengan apa yang mereka alami..Ramai kawan2 atau adik2 yang cerita tentang masalah diorang kat aku...memang kebanyakannya aku tak boleh nak settlekan la.. didera abang sendiri, mak bawa masuk lelaki lain dalam rumah, ayah kena sihir...kakak paksa pergi kelab malam dan buat tak senonoh...Yela, yang dah berlalu tetap akan berlalu, and YOU, nak tak nak, kena teruskan hidup..


Aku mungkin cuma mampu berikan kefahaman tentang apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ni...Kalau kita hidup untuk cari keseronokan yang sekejap..silakanlah...tapi, kita akan selalu kecewa, sebab keseronokan tu hanya sekejap je...Carilah ketenangan jiwa yang sebenar...kebahagiaan yang sebenar..Biarkan je ape yang korang dah alami sebelum ni, apa yang korang dah lakukan sebelum ni..Its not gonna change anything if you keep on thinking about it anyway...Bila Allah dah gerakkan hati untuk berubah, JANGAN buat tak tahu je dengan perasaan itu... mungkin itu tanda Allah nak kita kembali padaNya, kembali menangis kepadaNya..Allah nak selamatkan kita...


Setelah begitu banyak cerita-cerita yang aku simpan dalam hati ini, akhirnya aku dapat buat 1 kesimpulan tentang kisah silam ini...dan hubungannya dengan kita semua..Apakah dengan sebab pengalaman hidup kita yang begitu, kita memilih cara hidup yang begitu jauh dengan Allah...? YA, aku sungguh2 sangat bersimpati dengan apa yang telah kamu lalui dan mungkin, masih lagi kamu lalui hingga ke saat ni, tapi aku tak mampu bersetuju jika kamu menyalahkan apa yang berlaku sebagai alasan untuk menjadi seorang yang rosak akhlak..


Waktu aku kecik dulu, baru 5 tahun...waktu tu hari raya..aku memang enjoy sakan la raya dengan adik beradik kat kampung lepas dah 30 hari puasa penuh..(dapat duit!!)..Petang tu, ada sekor kucing yang sangat comel, datang kat aku..aku pun main2 dengan dia, dan entah macam mana, dia pun lari keluar pagar...aku pun pegi  kejar dia..Tiba2 ada sorang lelaki ni peluk aku sekuat2nya sampai aku tak boleh bernafas pun.....aku pun masuk balik pagar..ingatkan nak kunci, tengok2..adik aku masih ada kat luar..aku pun pegi la cuci tangan kat paip sebelah pagar..tiba2 lelaki tadi terus cium aku...Aku yang tak faham apa2 tentang perbuatan keji itu, sekali lagi tak dapat bernafas..Aku cuma rasa marah je sebab tak pernah orang buat macam tu..


Sedih, dalam perjalanan nak ke balai polis, kakak aku cakap, "azi, kau dah takde maruah tau..kawan aku cakap, kalau perempuan kena macam tu, dia dah takde maruah"..MasyaAllah...first time dalam hidup aku, aku belajar menangis tanpa bunyi...begitu hancur hati ini..Jadi, kalau nak ikutkan, aku bolehlah jadikan alasan pengalaman silamku sewaktu 5 tahun itu untuk aku jadi 'the best hugger' atau 'the best kisser'..
Tapi aku tahu,,, perkara tu bukan aku yang minta, bukan aku nak, jadi aku taknak jadikan itu alasan2 untuk membunuh semua kucing2 comel atau membenci semua lelaki!! haha..


Perkara tu jadi rahsia aku bertahun2 sampai lah aku rasa macam nak luahkan pada seorang kawan waktu darjah 6..last2 kawan aku tiba2 jauhkan diri dripada aku..haha..mental budak2 kan...sedih je!! Semakin aku dewasa, aku cuba kenal dengan ayat2 Allah..baru aku faham sesuatu.. Allah mengujiku sesuai dengan kemampuanku...Dia tahu aku kuat untuk hadapi semua tu...Allah tahu, kita sebenarnya boleh jadi insan yang lebih baik dengan semua ujian2 hidup ni...Kawanku, dengan ujian ini, baru kita tahu, adakah kita masih  mampu bersyukur setelah begitu banyak nikmat yang Allah beri, melebihi sedikitnya ujian itu tadi...Adakah kita manusia yang tak reti bersyukur?


MasyaAllah..terima kasih atas ujian yang Engkau berikan, menjadikan aku lebih kuat dari sebelumnya.. Ya Allah, janganlah Kau uji kami dengan ujian2 yang tidak mampu kami tanggung sendiri...agar kami dapat mencari ketenangan dan sentiasa dekat denganMu...amin..