Thursday, December 23, 2010

KerJa PerTama

Sebenarnya aku baru habis contract, 
kerja kat private office, shah alam. Best sangat kerja kat situ. enjoy habis la!! ngiahahaha. Enjoy. Ye la, cuba bayangkan, start kerja kol 10 pagi, habis kerja kol 5 petang. Sehari RM40 pulak, rasa macam mewah sangat.

Walaupun aku cuma petugas sambilan, contract 2 minggu je!  Jadi, dengan elaun yang banyak camtu, aku terteleng-teleng jugak la kat pekerja-pekerja tetap kat situ, nak tengok cara diorang kerja. Memang aku salute habis2 la! Hebat sangat!!! Boleh buat lawak2 lagi. Rehat pun tak tentu masa. Kerja memang selalu jalan je. Macam takde stress pon kerja dengan diorang ni. But the weird thing is, diorang tak hidup mewah. Uish respect la!! Mungkin ini la cara hidup kebanyakan orang jemaah. Asal cukup.

Minggu pertama aku kerja kat situ, aku rasa semangat gile. Mungkin sebab aku tak pernah kerja sebelum ni. Ye la, mak memang tak bagi langsung.. Ni pun jenuh la aku memujuk sampai merajuk-rajuk. 

Dia kata,
 " kau keje kat umah je la...mak bagi setiap hari rm50."

Sedih jugak la dengar, tapi aku takleh biarkan, sebab SETIAP KALI aku minta nak kerja, memang mak aku akan guna ayat tu! TOLONGLAH FAHAM...... hihi. Jadi aku kena tegas sikit la. I want to grab the precious experience!!

Em, nak jadikan cerita, kerja aku tu macam kerja dengan telefon je. Macam kerja operator.(bapak senang!) Tiap2 hari aku kena call berpuluh-puluh orang untuk kumpul maklumat. Orang2 yang berpuluh-puluh tu semua, setiap hari kena call. Orang yang sama pulak tu. 

Yang paling tak boleh bla sekali, minggu pertama tu aku langsung tak on FB kat office. Aku risau sangat tersalah guna facilities kat situ. Tapi bila sampai minggu ke-2, macam2 dugaan dah datang. Nak follow-up orang2 yang aku call sebelum ni, majoriti dah off handphone diorang (sabar je la!). Jadi, bosan2, aku pon on la FB. Pastu ramai pulak kawan2 dok chat kat FB,

" gi keje laa "  Wekkk..  Aku persetankan aje sume tu. Hahaha! korang tak rasa betapa bosan tahap dewanya aku kat situ. Aku sekeh sorang2 baru tau...

There's 1 scene paling mencabar dalam pekerjaan aku. Perbualan aku dengan seorang yang bertahap 'pakcik' ni telah meluka dan mencarik-carikkan hati aku ni.
Ok, aku ni sebenarnya memang jarang sangat2 bercakap dengan lelaki dalam telefon. Walau dalam bab2 kerja pon, aku prefer SMS je daripada call. Mungkin sebab pengalaman aku waktu sekolah menengah dulu, banyak mengajar aku. Aku baru tahu lelaki mudah tertarik dengan suara perempuan. OH MY. Tentang aku waktu sekolah2 dulu nanti aku post kan kat posting yang lain ek. hehehe

Perbualan dengan pakcik tu terjadi camni,

 " Assalamualaikum encik ___, saya dari pejabat____ nak bertanya jika encik ada sebarang masalah berkaitan dengan penyediaan data-data yang saya minta haritu? "

"Oh engkau...em sebenarnya masih belum selesai lagi. Sedang dalam proses mengumpul maklumat2 yang berkenaan"

"Takpe2, ok la tu, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 ye encik ___, nanti saya akan follow up semula"

"Eh kejap2, nama engkau ni siapa ya, nama aku engkau tahu...meleleh air liur aku dengar suara kau ni tau, takkan nama tak bagitahu"

"Nama saya azizah"

"Engkau belajar lagi ke sekarang"

"Sekarang tengah bekerja, Ok ye encik, assalamualaikum"

MasyaAllah. Waktu tu aku rasa macam ada batu besar gabak dah hempap kepala otak aku..aku rasa macam pening2, macam aku la perempuan paling tak guna sekali dalam dunia (office) ni. Sedar tak sedar, terhinjut2 jugak la aku menangis sorang2...

Aku sedih sangat. Aku dah buat suara yang melentok2 ke selama ni? TAK, seingat aku, memang macam tu je la gaya aku bercakap dengan semua orang pon selama ni. 


“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”

Aku bertekad tak telefon lagi lepas tu. Bayangkan je la, sampai aku contact semua orang guna SMS daripada handphone sendiri je. Memang kopak la topup tu tapi aku lebih rela! Lepas aku dah cerita kat mak, mak aku pun cakap, 

 "Itu dah kerja kau, kau kena la buat. Tak kisah orang lain tu nak cakap apa pun, itu dosa dia. Ingat, niat kau kerja kerana Allah"

Aku pon SMS je kat mak, sebab malu nak cakap..

"Mungkin suara azi lembut kot mak"

mak pon balas "Suara kau tak lembut"

hahahaa...tergelak besar aku sorang2 kat office. =p

Aku rasa aku dapat 1 pengajaran besar jugak. Apa2 pun, tak kisah la dengan lelaki mana pun, seorang perempuan tu mesti tegaskan suaranya. Tak kira la lelaki tu dah tua ke, baru akil baligh ke..bagi aku, sama je. Kecuali kalau budak kecik ataupun atok2...

Ini la salah satu kelemahan aku, susah gila nak tegas2 kan suara. Yela, dari kecik lagi kena buli dengan ani!! ye, ani la!!! ahahaha.. Mungkin sebab tu kot aku macam susah sikit la nak tegas2 dengan orang. (standard orang kite, suka salahkan orang lain)

Jadi kesimpulannya, aku harap lepas ni semua perempuan2 dapat tegaskan suara dengan lelaki yang bukan mahram baginya.. Kalau korang pun ada masalah macam aku, kita cuba limitkan perbicaraan dengan lelaki. Ataupun kite pergi je belajar teknik2 bercakap secara tegas dengan konsisten. haha! siapa boleh ajar aku ni..ANI!!! meh sini... ahahaha..



2 comments:

  1. salam.. waaaa...ina pown masalah yg same la azi.. susah nk tegaskan suara.. byk kali nangis pasal nie.. jom azi kite g claz belaja teknik2 becakap dgn tegas.. huahua.. azi.. siyes takot bile bace ayat 32, surah al ahzab tu.. ya Allah.. mcm mane la slama ni berkerjesame ngan muslimin.. presentation kt claz n mcm2 lg.. risaunye azi.. =(

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal..sebab tu azi prefer nak kerja belakang tabir je, sebab dah banyak kali cuba tegaskan suara tapi I just cant do it consistently.. kalau depan ramai orang memang boleh kuat..=)

    ReplyDelete