Saturday, April 16, 2011

Nasihat atau penghinaan?

Alhamdulillah...dapat kelapangan masa...untuk mengarang di blog ni lagi..


Kali ni aku nak sembang pasal 1 masalah yang berlaku...yang teruk sangat dah berlaku antara orang2 yang terlibat dalam jalan dakwah..orang2 yang mempertaruhkan dirinya dalam medan perjuangan Islam..yang rela bersusah payah demi mencapai redha Allah di akhir perjalanan hidupnya..


Kadang-kadang..........dalam pada kita tengah berusaha untuk menjadi tentera Allah yang hebat...pejuang agama Allah yang sejati..Kita tak sedar bahawa.... semakin besarlah kebencian jentera2 syaitan terhadap kita...semakin besarlah godaan2 dan semakin mencabarlah dugaan2 untuk menapis2 iman kita... Supaya kita tahu, di tahap mana kekuatan iman kita sebenarnya... Kerana sesungguhnya, syurga itu amat mahal.. Ia bukan untuk mereka yang menghabiskan seluruh umur hidupnya dengan gelak tawa semata...apa lagi bagi pencinta dunia..

Jadi.. masalah yang ketara berlaku sekarang ni.. bukan hanya aku yang alami.. tapi sahabat2 seperjuangan yang lain.. Mungkin masalah yang aku nak highlightkan di sini, secara generalnya...orang panggil masalah hati la kot.

Masalah bila kita ingin menegur sahabat...tapi dalam masa yang sama, kita rasa diri kita LEBIH HEBAT daripada sahabat yang mahu ditegur.. jadi, teguran yang dikeluarkan... bertukar rupa, watak dan tujuan asal.. daripada ingin menegur..menjadi 1 hinaan..... menjadi 1 kutukan.....pada sahabat sendiri..

Aku bagi satu situasi mudah untuk dibayangkan.. gini.. 



ko nak tegur sahabat ko, sebagai orang yang faham Islam..sebagai orang yang berada dalam proses tarbiyyah.. Ko dah tahu adab2 untuk menegur orang kan.. Atau pun, paling cikai sekali..ko mesti dah tahu sifat2 sahabat ko yang ko nak tegur ni..sama ada die ni jenis lembut ke, panas baran ke... Sebab, antara yang paling ditekankan dalam kehidupan kita ni, UKHUWAH..

Aku tak payah nak terangkan la kat sini macam mana adab2 memberi teguran...Common sense je!



Ok sambung, tapi....sebab ko rasa diri ko tak pernah buat kesilapan tu, ko dah rasa tak boleh bersabar dengan kejahilan sahabat ko, ko rasa sahabat ko ni lebih keji dari semua jenis syaitoooonirrojim yang ada dalam jamban ko.. 


Ko ikutkan je nafsu amarah ko..!
Ko tegur sahabat dengan nada yang kuat, ko tak kisah walaupun waktu tu ramai mata2 yang memandang..ko tak heran pun kalau ko tengah berada di khalayak ramai..
Ko dengan bangganya menjatuhkan aib sahabat... Ko menitiskan air mata sahabat.. Ko bangga melihat sahabat termangu mangu...... tersentak malu... 
Ko puas kerana telah 'mencegah kemungkaran' dengan cara yang sangat memuaskan hati sendiri..... 


Akhirnya........ sahabat tadi tidak mampu lagi berlapang dada, telah sempit dadanya...telah sempit hatinya dengan satu hijab yang kelam... 


Kelembutan hatinya telah diremuk dan di mamah seperti Hindun memamah dan meludahkan kembali hati ayah saudara Rasulullah yang syahid di medan perang....
Dalam dirinya memberontak..jiwanya ingin menghamburkan semua kekecewaan.. Tapi hanya air mata mampu di keluarkan..air mata kecewa..air mata duka seorang sahabat...

Air mata yang keluar tanpa kerelaan, tanpa penyesalan, tanpa keinsafan.. kerana BERSUMBERKAN TEGURAN YANG BUKAN KERANA ALLAH S.W.T. Ketahuilah, air mata itulah yang telah mengeraskan hatinya...membatukan fikiran warasnya..menghancurkan semangat ukhuwah.. menghakis KASIH SAYANG yang selama ini terbina..JIKA AIR MATA itu gagal dikongsi di atas sejadah penghambaan diri..,. jika air mata itu gagal dikongsi bersama sahabat yang memahami....andai kepahitan itu tidak di beri penawarnya... 

Nantikanlah... redha manusia yang bernama sahabat itu akan hilang begitu sahaja..

Pada waktu itu...SANGAT2 pentingnya sahabat2 lain.... perlu sentiasa alert dengan keadaan  masing2...alert dengan perubahan sahabatnya yang tersayang....perlu memainkan peranan masing2... Aku juga pernah merasakan perkara yang sama.. Aku telah rasa bagaimana perasaan benci telah menguasai hati dan minda sehinggakan untuk MEMANDANG sahabat itu pun aku tidak mampu..(sekarang dah kembali rapat eaaaa) 



Ketahuilah, bukan sahabatmu tak sanggup menerima teguran..Malah sahabatmu amat mengharapkan dan menghargai sahabat yang jujur memberi teguran..TETAPI tolonglah...

Bukan penghinaan yang kami minta, bukan kami minta aib kami dibuka dihadapan khalayak.. Sedangkan Allah masih sanggup menutup aib kami, mengapa sahabat kami sendiri tidak menjaga aib kami?

Ingatlah wahai diri sendiri dan semua yang mengaku dirinya Islam.. Jika ada sebesar zarah pun dalam hati kita ni, perasaan ujub..atau bangga diri..kita takkan dapat jejak ke dalam syurga Allah...kerana bukan hak kita untuk bangga dengan diri yang hanya pinjaman ni...



Jika kamu bangga dengan jawatan kamu..jika kamu bangga dengan kedudukan kamu...jika kamu bangga dengan ilmu kamu, nescaya semua tu akan melaknat diri kamu sendiri kelak.

Cek diri kita masing2... tegur menegurlah kerana Allah..Tegurlah kerana sayangnya kita pada sahabat.. 



Ketahuilah, teguran secara rahsia itulah yang dinamakan TEGURAN sebenarnya...Teguran di khalayak ramai itu bukan teguran..tapi hanya satu kehinaan yang memalukan..

Friday, April 1, 2011

abnormaL day~

yezzaaaaaaaaaaaa...

syoknya.. 1 hari je activity kali ni...macam tak percaya pon ada..=)



final exam dah nak dekat, aku tahu aku berada di tahap yang membimbangkan sekarang... tapi aku yakin.... sebenarnya senang je nak buat tu semua... 


usaha je kurang..


minat ada, kesungguhan takde, tak jalan jugak... 
Buat kerja sungguh2, niat kerana Allah, dan tak langggar syara' baru boleh kira sebagai 1 ibadah.


kalau tak, sia2 je la usaha aku selama ni...sebab tak bersungguh, tak jadi ibadah pon.. 
na'udzubillah...!! chaiyyo'2!! demi pembangunan umat Islam, aku akan cuba untuk jadi part time professional accountant dan full time pejuang agama Allah bersama-sama keluarga dan sahabat tercinta..


amin ya rabb.....ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 23, 2011

akhirnya aku dapat makan..

Sedihnya.........




Pertama kali.. aku rasa amat2 sedih bila dapat makan... Jatuh berderai air mata aku bila dapat telan sayur... lantas aku pun terfikir... sayunya...


bukan aku sedih sebab terpaksa ikat perut atau berlapar... aku sayu terkenangkan keadaanku sebelum ini....Ya Allah... adakah selama ini tak pernah walau sekalipun aku makan rezeki Mu sambil hati sayu mengenangkan kasih sayang Mu kepadaku... Adakah pernah aku menghargai duit yang diusahakan oleh kedua ibu bapaku kepada ku...rendah diri dan bersyukur kepadaMu... 


Setelah Kau didik aku dengan sedikit kepayahan.. Aku sedikit sedar ... teruslah mencintaiku..


pilihlah aku menjadi kekasihMu..

Monday, March 21, 2011

paHitnya lah!

oh Allah..


hati ku ini.............. rasa macam......macam sedih, syaitooonirrajim dah pujuk macam2 dah..
tabahlah...ade hikmah di sebalik semua ni......
takpe...tak lama lagi lupa lah tu...
tak lama lagi azi....sikit je lagi azi...
lupakanlah azi..
azi...
aku tahu kau boleh...kau kan aku...aku mesti boleh!
tabahlah azi..........
Allah..bantulah aku melupakannya..


memang fitrah...memang..memang...
Tapi aku faham....
aku faham ada yang lebih layak untuk di ingati, aku faham ada yang lebih penting untuk di tujui..
Matlamat aku redha Allah...tapi kenapa perbuatan aku tak seiring dengan matlamat aku...


Ya Allah.......hanya Engkau yang boleh bantu aku.. tarbiyyah lah diriku yang hina ini...sesuai dengan kemampuanku wahai Tuhanku....


sakitttttttttt perasaan ni...adoi.. serabut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
inilah masalah pempuan...semuanya nak letak dalam hati.
ha tu lah, letak lah lagi sume dalam hati.
letak...letak!!
sabar azi...ada hikmah..='(