Alhamdulillah...dapat kelapangan masa...untuk mengarang di blog ni lagi..
Kali ni aku nak sembang pasal 1 masalah yang berlaku...yang teruk sangat dah berlaku antara orang2 yang terlibat dalam jalan dakwah..orang2 yang mempertaruhkan dirinya dalam medan perjuangan Islam..yang rela bersusah payah demi mencapai redha Allah di akhir perjalanan hidupnya..
Kadang-kadang..........dalam pada kita tengah berusaha untuk menjadi tentera Allah yang hebat...pejuang agama Allah yang sejati..Kita tak sedar bahawa.... semakin besarlah kebencian jentera2 syaitan terhadap kita...semakin besarlah godaan2 dan semakin mencabarlah dugaan2 untuk menapis2 iman kita... Supaya kita tahu, di tahap mana kekuatan iman kita sebenarnya... Kerana sesungguhnya, syurga itu amat mahal.. Ia bukan untuk mereka yang menghabiskan seluruh umur hidupnya dengan gelak tawa semata...apa lagi bagi pencinta dunia..
Jadi.. masalah yang ketara berlaku sekarang ni.. bukan hanya aku yang alami.. tapi sahabat2 seperjuangan yang lain.. Mungkin masalah yang aku nak highlightkan di sini, secara generalnya...orang panggil masalah hati la kot.
Masalah bila kita ingin menegur sahabat...tapi dalam masa yang sama, kita rasa diri kita LEBIH HEBAT daripada sahabat yang mahu ditegur.. jadi, teguran yang dikeluarkan... bertukar rupa, watak dan tujuan asal.. daripada ingin menegur..menjadi 1 hinaan..... menjadi 1 kutukan.....pada sahabat sendiri..
Aku bagi satu situasi mudah untuk dibayangkan.. gini..
ko nak tegur sahabat ko, sebagai orang yang faham Islam..sebagai orang yang berada dalam proses tarbiyyah.. Ko dah tahu adab2 untuk menegur orang kan.. Atau pun, paling cikai sekali..ko mesti dah tahu sifat2 sahabat ko yang ko nak tegur ni..sama ada die ni jenis lembut ke, panas baran ke... Sebab, antara yang paling ditekankan dalam kehidupan kita ni, UKHUWAH..
Aku tak payah nak terangkan la kat sini macam mana adab2 memberi teguran...Common sense je!
Ok sambung, tapi....sebab ko rasa diri ko tak pernah buat kesilapan tu, ko dah rasa tak boleh bersabar dengan kejahilan sahabat ko, ko rasa sahabat ko ni lebih keji dari semua jenis syaitoooonirrojim yang ada dalam jamban ko..
Ko ikutkan je nafsu amarah ko..!
Ko tegur sahabat dengan nada yang kuat, ko tak kisah walaupun waktu tu ramai mata2 yang memandang..ko tak heran pun kalau ko tengah berada di khalayak ramai..
Ko dengan bangganya menjatuhkan aib sahabat... Ko menitiskan air mata sahabat.. Ko bangga melihat sahabat termangu mangu...... tersentak malu...
Ko puas kerana telah 'mencegah kemungkaran' dengan cara yang sangat memuaskan hati sendiri.....
Akhirnya........ sahabat tadi tidak mampu lagi berlapang dada, telah sempit dadanya...telah sempit hatinya dengan satu hijab yang kelam...
Kelembutan hatinya telah diremuk dan di mamah seperti Hindun memamah dan meludahkan kembali hati ayah saudara Rasulullah yang syahid di medan perang....
Dalam dirinya memberontak..jiwanya ingin menghamburkan semua kekecewaan.. Tapi hanya air mata mampu di keluarkan..air mata kecewa..air mata duka seorang sahabat...
Air mata yang keluar tanpa kerelaan, tanpa penyesalan, tanpa keinsafan.. kerana BERSUMBERKAN TEGURAN YANG BUKAN KERANA ALLAH S.W.T. Ketahuilah, air mata itulah yang telah mengeraskan hatinya...membatukan fikiran warasnya..menghancurkan semangat ukhuwah.. menghakis KASIH SAYANG yang selama ini terbina..JIKA AIR MATA itu gagal dikongsi di atas sejadah penghambaan diri..,. jika air mata itu gagal dikongsi bersama sahabat yang memahami....andai kepahitan itu tidak di beri penawarnya...
Nantikanlah... redha manusia yang bernama sahabat itu akan hilang begitu sahaja..
Pada waktu itu...SANGAT2 pentingnya sahabat2 lain.... perlu sentiasa alert dengan keadaan masing2...alert dengan perubahan sahabatnya yang tersayang....perlu memainkan peranan masing2... Aku juga pernah merasakan perkara yang sama.. Aku telah rasa bagaimana perasaan benci telah menguasai hati dan minda sehinggakan untuk MEMANDANG sahabat itu pun aku tidak mampu..(sekarang dah kembali rapat eaaaa)
Ketahuilah, bukan sahabatmu tak sanggup menerima teguran..Malah sahabatmu amat mengharapkan dan menghargai sahabat yang jujur memberi teguran..TETAPI tolonglah...
Bukan penghinaan yang kami minta, bukan kami minta aib kami dibuka dihadapan khalayak.. Sedangkan Allah masih sanggup menutup aib kami, mengapa sahabat kami sendiri tidak menjaga aib kami?
Ingatlah wahai diri sendiri dan semua yang mengaku dirinya Islam.. Jika ada sebesar zarah pun dalam hati kita ni, perasaan ujub..atau bangga diri..kita takkan dapat jejak ke dalam syurga Allah...kerana bukan hak kita untuk bangga dengan diri yang hanya pinjaman ni...
Jika kamu bangga dengan jawatan kamu..jika kamu bangga dengan kedudukan kamu...jika kamu bangga dengan ilmu kamu, nescaya semua tu akan melaknat diri kamu sendiri kelak.
Cek diri kita masing2... tegur menegurlah kerana Allah..Tegurlah kerana sayangnya kita pada sahabat..
Ketahuilah, teguran secara rahsia itulah yang dinamakan TEGURAN sebenarnya...Teguran di khalayak ramai itu bukan teguran..tapi hanya satu kehinaan yang memalukan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aslmualaikum
ReplyDeleteguwa pernah berada dlm gerakan so called gerakan dakwah sblm ni.
dan masih lg terikat dengannya.
satu hari guwa sembang2 dgn sorang shbt lepasan darul quran yg ikut gerakan dakwah tetapi badan yg lain.
guwa cuba tanya2 dan sembang ttg apa yg boleh dikongsi sebbnya guwa bukan berilmu. dan guwa join sebb guwa nk blajar mengaji. tu matlamat asal.
tp kawan guwa td bgtahu yg ada perkara yg tk boleh dia reveal sebabnya gerakan kami berbeza. guwa pelik.
dan guwa panjangkan hal ni pd naqib kesayangan guwa. dan jawapan yg sama diterima. guwa tk boleh terima bila dikata gerakan2 ni berpecah sebab tak sehaluan tp masih bermatlamatkan sama yakni redho Allah.
guwa cite ni sebab guwa tkde tmpt nk mengadu. kalo tulis dalam blog, mgkin ramai yg tk faham dan salah faham sebb bukan semua berpandangan yg sama dan berfikrah bab2 ni.
kalo bertanya pd kawan2 dalam dan luar gerakan, guwa tk pernah puas dengan jawapan dorang.
tktahula kalo kamu faham apa yg guwa maksudkan ttg isu percanggahan gerakan ni. benda ni buat guwa stress dan rs mcm 'aku dh tersilap pilih jalan..'
guwa nk join aktiviti gerakan lain yg guwa rs cool tp tak diberi sambutan sbg saudara dan banyak yg dirahsiakan sebb guwa 'orang luar'
apa semua ini? adakah ini Islam?
ok, bab yg lain guwa angkat tangan. guwa tkde masalah. tp bila bab gerakan-gerakan ni guwa rs mmg tk puas ati.
kenapa tk boleh berbaik2?
dan akhirnya guwa buat keputusan remote kan diri dan bergerak dengan apa yg guwa percaya.
guwa percaya syurga. dan guwa akan usaha sendiri cari guru2 mursyid berbanding ikut gerakan yg guwa rs pentgkan diri. bukan semua tp gerakan yg guwa join skrg.
lebih kepada baikkan diri sendiri dan tidak buat sesuatu utk orang lain.
ni pandangan guwa saja. tak kisahla gerakan lain tak sama ke apa. tp guwa rs ni yg guwa lalui dan percaya.
Terima kasih sebb membaca ni. dan guwa lega sebab boleh tulis apa yg terbuku.
p/s: ramai yg kata 'kita berdakwah' sedangkan cuma berIslah...
Allahurobbi. maaf lah bro, lama sangat dah aku tak buka blog ni.. Rasa cam mengkhianati amanah pulak. Tapi ye la, bermacam2 masalah la, bermula dengan masalah capaian internet yg susah nak dapat.. then akhirnya aku dah takde mood nak teruskan. adeh.
ReplyDeleteEm innalillah.. tentang masalah ko ni bro, aku faham sangat2.. aku rasa majoriti yang sertai mana2 gerakan ni pernah rasa apa yang ko rasa. Aku ni waktu peringkat awal2x kenal gerakan pun, rasa sejibik sama dengan menda yang ko katakan nih.
Lama aku tahan kekeliruan yang ada dalam otak aku tuh, sampai satu tahap aku 'burst out' dalam kelas, depan kawan2x aku. haha, inilah untungnya perempuan kan. kat mana2 je leh buat kerja.
Tapi takpe, aku simpati dan faham dengan situasi ko.
Rupanya.. apa yang kita semua rasa ni.. sebenarnya dah lama dijangka ulama'2x.. mereka dah lama risau tentang semua ni.. Sebab tu, kalau kita check balik pendapat2 ulama' tentang masalah berbilang jemaah ni, pendapat paling kuat adalah HARAM untuk berbilang jemaah. Atas sebab PERPECAHAN umat Islam.
Asalnya, bila dah ada satu kumpulan yang membawa misi untuk tegakkan Islam di satu2 tempat tu, tak boleh lagi dah ada kumpulan2x baru yang muncul setelah itu untuk bawa agenda yang sama.
Tapi, alangkah indahnya akhlak para ulama'... mereka tetap menerima perbezaan pendapat. Jadinya, dalam konteks kita dalam negara ni.. terpaksalah menerima dengan hati yang terbuka, beberapa jemaah lain yang muncul akibat daripada rasa tak puas hati terhadap jemaah yang sedia ada.
InsyaAllah.. aku rasa ko dalam proses untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang sesuatu jemaah. Inilah yang kita nak sebenarnya. Banyak kali kita diingatkan, bahawa kita ni, bila masuk sesuatu gerakan.. hanya masuk bila ada ilmu tentangnya.. Jangan sesekali masuk atas dasar 'semangat' atau 'paksaan' semata-mata, kerana di akhir nanti.. untuk lalui pelbagai ujian di dalamnya.. kekuatan yang diperlukan ketika itu bukan hanya kekuatan 'semangat' je, tapi kekuatan keyakinan berdasarkan ilmu pengetahuan tentang apa yg dibawa dan didokong.
Teruskan dengan pencarian dan penyelidikan bro.. IQRA'.. insyaAllah pasti bertemu apa yang dicari selama ini.
Tahniah, sebab terpilih bersama gerakan Islam. baru kita nampak erti hidup sebenar. Barula kita jelas, untuk apa kita hidup sebenarnya kan? Wallahua'lam. Assalamualaikum.