Monday, January 17, 2011

emm adakah kita terlalu memilih?

kepala pusing??? berzikirlah... Moga dikuatkan hati...


Jika kamu memancing ikan...Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambahnya semula...Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...



Begitulah juga...
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain? 

Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitulah juga... 

Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...Kamu juga yang akan MENYESAL...




Renungkan bersama.


-copy-paste- tak sempat nak  tulis, melambak assignment..maaf


azie- Redha itu sangatlah mudah pada kata-kata tapi amat sukar mengaplikasikannya bukan? 


Oleh itu.... halangilah diri anda dari menerima, menabur janji, ataupun memberi sebarang 'pengharapan' pada lain jantina sekiranya kamu belum bersedia untuk membina sebuah keluarga dalam masa yang terdekat... 


Jika sudah terbabas, berhentilah..... berhentilah... berhentilah...berhentilah sesegera yang boleh.. 


jangan benarkan dirimu dikecewakan oleh pengharapan yang tidak ada pengiktirafan dari agama...
ayuh hijrahlah...biarkan saja jika tiada yang mencintai kita..janganlah dirisaukan...
Tetapi risaulah jika kita tidak dapat menggapai cinta Tuhan kerana tegar mencintai yang lain melebihi cita kepadaNya....


Leraikanlah cinta dunia dari hati...


Jika tidak, hati akan berasa sedih, lemah dan kecewa, justeru melemahkan tenaga fikiran, dan melembabkan gerak kerja mendaulatkan Islam sedangkan tenaga di waktu muda ini sangat diperlukan untuk membantu memartabatkan Islam dan menyebarkan dakwah di bumi tercinta.


insyaAllah.. mohon doa sahabat2..

No comments:

Post a Comment