Tuesday, March 15, 2011

AnuGerah aYaT paLing KeJi miNggU iNi....





BedEbusH...BeDebUsh...KebAAbOOm!



Ok, Anugerah ni jatuh kepada.........seorang makhluk Allah yang mulutnya tak berhenti bercakap, sangat suka bercakap, bersembang, melalut dan akhirnya dia telah berjaya memenangi anugerah perkataan paling keji pada minggu ini, khas daripada aku.. 
kah kah kah.



Aku memang suka bila ada orang yang suka melalut-lalut cakap perkara yang menyakitkan hati, cerita nak membangga diri tak sudah, kat aku.. Aku nak marah kang, aku seorang yang baik hati.. aku nak tegur kang, aku tak sampai hati, aku nak buat tak dengar kang, takut terasa hati... Last2, aku jugak yang makan hati. Tapi takpe, aku suka...aku suka...


Nak tahu tak ayat apa yang mendapat anugerah paling keji tu?


Ha, baca baik2... "PAKAI TUDUNG LABUH SUSAH DAPAT KERJA!!"

Yaaa.....itu dia ayat yang kita cariiii..hahaha...macam mentaliti budak tak baligh lagi je aku rasa ni..



Berat sungguh...Kalau suka cakap tu takpela, lumrah...Tapi agak2 jugak, bila tak terkawal...last2 sampai menghina..


SEDAR la sikit, lemah sangat ke aqidah kita sampai boleh cakap PAKAI TUDUNG LABUH SUSAH DAPAT KERJA?? Aku musykil betul...  Masing2 ada iman kan dalam diri.. 
Meh sini aku nak tanya...

REZEKI tu di tangan siapa?

Adakah rezeki tu di tangan majikan? 
Adakah rezeki tu di tangan kerajaan? ADAKAH?



Habis tu.. kenapa lantang sangat mulut... Tak takut neraka Allah ke..Tak takut azab Allah ke.. Bahaya la, ni berkaitan aqidah ni... Sama juga kalau kau lapar..bila makan, kenyang...kau kena SEDAR, bukan makanan tu yang bagi kau kenyang..
Allah yang bagi kenyang dengan wasilah makanan tu.. makanan sebagai pengantara.. 
sebagai 1 usaha kita..

Kalau kau sakit pun macam tu jugak... kau kena SEDAR, bukan ubat tu yang sembuhkan kau.. Allah yang bagi sembuh dengan wasilah ubat tu.. ubat sebagai pengantara, 
sebagai 1 usaha kita..


Tudung labuh ni, bukan fesyen ustazah atau fesyen azizah.. ok?



Tudung labuh ni, fesyen Islam..Kau check sendiri la surah annur ayat 31
Kalau kau kata "PAKAI TUDUNG LABUH SUSAH DAPAT KERJA!!"

  Makna nya kau masih tak yakin yang REZEKI tu di tangan Allah.. kau kena cek balik diri, kena istighfar.. bertaubat...





Aku tak salahkan sesiapa pun nak pakai tudung pendek ke, tak pakai tudung ke..  Yang aku tak nak, bila kau guna mulut yang Allah bagi pinjam tu untuk menghina pemakaian cara Islam.. kalau tak sanggup pakai, senyap2 je sudah la.. 

Kita kena SEDAR, bukan tudung pendek yang membolehkan kita dapat kerja... bukan dengan free-hair, membolehkan kita dapat kerja, hatta kalau berbogel sekalipun,  tak menjamin pun kita dapat kerja.. Tak payah berat kepala sangat lah, Allah dah aturkan rezeki setiap hambaNya.. cuma wasilah nya, usaha kita setakat mana..?

Ingat, kerja juga 1 ibadah..

Bila benda tu 1 ibadah, adakah kita nak dapatkan dengan menggunakan cara yang 
Allah tak redha? 
walaupun ditakdirkan kau dapat kerja tu atas usaha kau yang keji..(rasuah dll)

The point is,
Berkat ke rezeki yang kau dapat nanti...rezeki yang kau akan guna untuk sara ibu ayah kau..
rezeki yang kau akan guna untuk sara anak2..


Soal keberkatan ni penting sangat... Contohlah kalau kau nak bina keluarga...awal2 lagi sebelum bina keluarga (ibadah) kau dah buat maksiat dulu..kau dah buat Allah murka pada kau.. Pastu kau ingat, lepas kau dah bina keluarga tu tanpa keberkatan dari Allah pada awalnya, hidup kau akan bahagia di akhirnya?
Logik akal je ni beb.. 




Risaulah sikit.. Memang Allah tak tunjuk pembalasan lagi sekarang.. Sebab apa?
Sebab Dia sangat penyayang...
Allah beri masa untuk kita bertaubat..


Tapi, tu lah...
semakin aku berkata-kata, semakin banyak tanggungjawab aku. Allah murka jika kita mengatakan sesuatu yang tidak kita kerjakan.. As Saff: 2&3

 aku lagi banyak dosa dari korang semua.
Jadi sama2 lah kita saling menasihati.. 
Tolong doakan aku..

     ~No Discrimination, We've tried our best, Let Allah judge~

No comments:

Post a Comment