Wednesday, March 9, 2011

bIaSisWa JPA??

kah kah kah..


nyampah gile aku harini..


bayangkan, aku di WAJIB kan pegi perjumpaan students tajaan JPA kat sini!!


OK, aku heran gile..buat ape entah dia nak terangkan dari A-Z pasal semua benda?


Semua benda tu kan dah ada dalam BUKU PERJANJIAN, apa lagi yang nak diserabutkan sangat..Kat perak dulu takde pon kecoh2 camni. 


Kelam kabut gila pasal biasiswa!! Tak payah la nak suruh kitorang berterima kasih sangat kat kerajaan pasal tu. Tahu kenapa? sebab bukan duit kerajaan pon yang kitorang dapat nih... duit rakyat laa!!!! Nak bangga sangat, macam la duit dia yang dia bagi kat aku..


Lagi bertambah2 tak heran bila aku tahu situasi negara lain pasal biasiswa nih. Cuba ko tengok negara Libya yang tengah bergolak sekarang nih, SEMUA students dia, DAPAT BIASISWA!!


Pastu nak buat korang sakit hati lagi, kalau rakyat dari negara lain datang belajar kat mana2 U dalam negara dia, DIA BAGI BIASISWA percuma beb! Sape belajar, dapat biasiswa. Belajar percuma.


Itulah yang digalakkan dalam Islam. Tengok je la universiti Al Azhar Mesir.. Walaupun universiti tertua di dunia, dah banyak lahirkan cendekiawan... pakar2... TAPI, yuran U yang PALING MURAH dalam DUNIA DOL.. amacam? sakit hati tak?


ha, pasal negara Libya tuh, walaupun banyak kemewahan dia dah bagi pada rakyat, haaa pernah terfikir tak kenapa rakyat masih memberontak lagi? 


Sebab keadilan tak pernah berlaku dalam pemerintahan!!
Bila pemerintahan tak ikut aturan Islam, zalim la tu. ZALIM-Meletakkan sesuatu bkan pada tempatnya.


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”
(Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

Ada FAHAM..


hahaha!




Tapi aku rasa terhibur gak kat perjumpaan tadi sebab ada kak athirah sekali..kih kih kih.. kak thirah ni gila2 sikit..memang gempak la kitorang buat bising kat belakang.. waktu sesi tanya soalan, syukur la..ramai jugak kelam kabut tanya soalan2 skema..


Sekali, aku ngan kak thirah (kepala otak nak kondem kerajaan tak abes2) buat plan..nak tanya soalan2 panasss..


Disebabkan kak thirah dah terpengaruh untuk tanya 1 soalan skema tadi, jadi kali ni, aku la yang terpaksa bangun untuk tanya soalan panasss ni.


Sambil angkat tangan, aku terus berdiri..(tunjuk semangat skit beb)
kahkahkah.


"ERRRR.. CAMNI, Malaysia sekarang ni, SUME BENDE NAK NAIK....Minyak naik...gula naik..KAN?
Jadi.... pihak JPA tak terfikir ke nak naikkan biasiswa ?"


kah kah kah.. Aku puas hati dah. Aku tak perlu jawapan pon sebenarnya . Aku cuma nak highlightkan bab SUME BENDA NAK NAIK TUH!




takpela, aku bagi jugak jawapan diorang.


"Sebenarnya itu bukan dalam BIDANG KUASA KAMI untuk naikkan biasiswa"


HAHAHA... kecewa tak dengan jawapan tu? kui kui kui...AKU TAK.. sebab tu jawapan standard! Telan je ok?


Yang paling aku panas hati sekali bila dia tak bagi kahwin.. memang la syarat camtu dalam perjanjian.. Tapi kalau diorang tak ulas lebih2, aku boleh sabar lagi..


Tapi diorang kata tadi... Tak boleh kahwin sebab takut nanti guna duit JPA untuk beli pampers anak, susu anak. Pastu dia gelak sorang2.. BUDUS!!


HOI.. adeke cakap gitu..tulah, bila dah perasan sangat duit rakyat tu duit die..
Tu yang sedap2 cakap camtu. Pantang aku!!


sweetnyee
Aku nak marah la ni sebab aku dah penat2 buat plan nak kawin. Ish aku stress la!! wadehel? Tu kan FITRAH manusia. MAK BAPAK kita pun tak halang, tiba2 dia pulak bising2 nak halang. Bab2 fitrah ni, kalau dihalang.. memang menempah kehancuran!


Tu yang banyak jadi zina, ape sume kes moral tu..sebab ada sesetengah mak bapak atau pun orang luar yang BUDUS sebok2 nak halang orang lain kawin cepat. 
FAHAM TAK? Cube kalau FITRAH ko nak makan, orang halang ko.. FITRAH ko nak terberak, tiba2 ada orang halang ko.. 
"Cik, cik tak boleh berak, tunggu habis belajar dulu.Terima kasih." 


Tak ke ko rasa nak tikam je die? senang hidup ko kan..


Ek elleh.Allah yang bagi fitrah...Allah dah bagi penyelesaian dah. FITRAH nak makan, makan...tapi rule die, makan bende yang halal.
FITRAH nak berak, gi berak..rule die, cari tempat tertutup. FITRAH nak !$%, Allah bagi, tapi rule die, kawin dulu.


Tapi ade pulak orang nak halang??. Paling hot bile ada pulak budak yang duduk sebelah aku tadi..


"Betul lah orang tu cakap, Kalau kawin waktu belajar, pelajaran merosot!" dengan muka tak puas hati.

"Haaa?? apa buktinya? ramai je yang dah kawin tapi cemerlang?" aku buat muka heran..

"Tu saya tak tahulah" Sambil terus pandang depan dengan semangat anak dara tua yang membara.

Bikin aku marah je..emmmmmmm...


Hotak ko dua kali ganda!!! Apa dah cukup bukti nak cakap camtu? tak payah la nak cakap ikut nafsu je. Ramai je yang kawin, siap bertambah cemerlang lagi? Ayah aku pun buat degree lepas kawen. Jangan pandang rendah orang lain..


Kalau ko rasa ko tak boleh score kalau kawin (mungkin sebab ko memang dah plan, tiap2 hari nak bergaduh dengan suami), ko jangan ingat orang lain pun macam ko jugak. Itu tak adil. Sesiapa yang rasa mampu, teruskan je lah.


MENGGANGGU PELAJARAN konon! abes tu ko yang berCOUPLE tu hapekejadah nye tak nampak menggangu pulak? Sibuk sangat nak halang orang lain. Ko nak buat dosa, jangan nak tarik orang sama. Jangan dihalang-halang la orang lain nak buat pahala.


Mental block ke ape? Tu la...banyak sangat guna duit JPA RAKYAT untuk belanja COUPLE ko..
tu yang tak berkat tu kot..Baik guna untuk anak2..




HAH! aku dah marah ni. Jangan main2 cakap je.. Sampai ko nak halang2 orang lain buat pahala dengan alasan2 bodoh lagi tak boleh pakai tu..Tak merdeka la jiwa beb!


kesian kat aku..

No comments:

Post a Comment