Huhuhu...kata je bawa Islam...kata je pejuang Islam..tapi perkara basic pun masih ditinggalkan..
Lemah sangat dengar ayat2 ini...tapi bersyukur bila dengar kata2 ni dari sahabat.. Sebab kita sedar yang sahabat kita tu bukan seorang yang berpura-pura dalam bersahabat...kita sedar yang sahabat kita tu sangat menyayangi kita bila dia sanggup menasihati kita di saat orang lain senyap sepi melihat kemungkaran yang kita lakukan..
Semoga Allah memelihara hati2 kita, semoga Allah pelihara lisan kita.. Aku bertaubat ya Allah..
Inilah sahabat2 yang Kau kurniakan buat ku yaAllah.. Aku amat2 terharu dan sangat2 menyayangi Mu kerana mengurniakan aku sahabat2 yang indah ini...aku sayang sahabat2 ku kerana Allah S.W.T.. Janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami tanggung..
Hihihi...aku teringat kisah lawak 2 orang sahabat aku yang tersayang di sini..
Memang lawak nak mati.. Tapi bagi aku je la, bagi diorang memang sangat menyayat hati..
Berlaku 2 hari lepas...Diorang dok terasa hati sesama sendiri..sampai nangis2 teruk.. Sampaikan ada sorang pempuan tengah kena rasuk jin, jerit2 pon diorang tak hirau..hahaha.. ngok ngek gile..
Malam tu, ada seorang kakak ni pegi tolong settle kan 2 orang sahabat aku ni.. mula2 aku la yang try nak settlekan.. tapi sahabat lain kata aku terlalu lembut.. tak gerak2 pon 2 oang sahabat tu..
Panas jugak aku...Dekat berjam jam aku bagi ceramah kat salah sorang sahabat tu tentang persahabatan yang berlandaskan taqwa.. Bila kita KATA kita ni bersahabat kerana Allah, Pasti Allah akan uji kita...
Bila tiba je ujian tu, kita kena sedar, sedar yang pada waktu itu..kata2 kita sedang di uji, sebab kita dah sandarkan persahabatan kita kepadaNya..Tapi bila Allah nak test, nak test betol ke apa yang kita cakap tu...awal2 lagi dah fail.. Malu lahh nak mengaku kita bersahabat kerana Allah..
Tapi, kata-kata aku macam takde effect je kat dia. Dia kata, die je yang selalu minta maaf kat sorang lagi. Aku cakap la, ni keje syaitan ni tengah bergembira pastu memburukkan keadaan. Berdegar degar jugak aku menjadi batu api kepada die dan syaitan. Erk...tapi takde effect jugak kat dia. Aku tengok die syok nangis je.. Aku pun keliru, aku tengah bercakap dengan die ke, dengan jin2 dalam badan die. hahaha kuang aja aku..
Aku pun cam dah nak give up. Aku ingat nak tido je depan dia...Tunjuk protes.Tapi disebabkan die dok sorang2 dekat dengan tempat 'bekas' sorang pempuan tu kena rasuk, aku pon teman la die. Terpaksa la aku membebel dengan sangat panjang lebar...
Kalau aku tak bebel, alamat aku pon nak cabut jugak dari situ...Penat2 bebel, aku pon cabut jugak dari situ..
Letih gila pujuk orang.. Sekali, Sorang kakak ni datang.hahaha..kakak ni memang tengah marah kaw2 punye waktu tu..hehehe..
Tapi biasa lah, marah seorang muslimah sejati, pasti di isi juga dengan kisah2 nabi dan nasihat2 untuk sahabatnya.. Unik nya sahabat2 ku..I LOVE YOU BECAUSE OF ALLAH..
Sekali, esok nya aku tengok diorang dah cuba berbaik2...aku tanya, apa solutionnya pada kakak tu..
Kakak tu kata, hari isnin ni, semua sahabat2 yang free kena pegi check kat Darussyifa' sebab takut jin2 masuk dalam badan tu... HAHAHAHAH..
Macam perli aku je! memang aku banyak kali cakap dengan die yang aku nak pegi check kat Darussyifa'... Kih Kih Kih...memang tu la niat aku sejak tengok ramai orang kena rasuk kat sini..
bayangkan, sahabat aku yang rasa diri die malas belajar,pastu tiba2 makan 5 kali sehari..pegi2 check, rupanya ada jin gatal dalam badan die.. Dia siap senyum2, gelak2 manja lagi dengan ustaz waktu ustaz tu tengah rawat die...hahaha..seram je ustaz tu.
Aku pun teringin jugak nak check kat ustaz.. hihi..eh bukan aku gatal tau.. aku cuma risau...
mana tahu ade jin gedik melekat dalam badan aku...Sebab aku ni sangat2 sensitif..Aku dengar ustaz cakap, tanda2 ada jin dalam badan, bila seorang tu terlalu sensitif..
Memangla sensitif tu kelebihan orang pempuan bak kata jaypah.. Tapi kalau dah terlebih tu aku rasa cam menyampah sangat dengan diri sendiri..Sokmo nenade nak menangis..Sikit je pun nak nangis. Kalau nangis sebab Allah takpe la..
Erk..aku tak sabar nak check kat Darussyifa' esok!!! oh ustaz...
ERK!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
check laa aku pun pernah kena check kat darul shifa ustaz bacakan ayat ayat quran dengan air penawar azi kena bawak air botol besar untuk minum
ReplyDeletesetiap penyakit pasti ada penawarnya Allah yang menyembuhkan
insyaAllah..mekacih shila...tapi aku x gi check pun lagi shila..
ReplyDeleteSebab aku try dengar ruqyah...tenang je..xde masalah..alhamdulilah..rasa nak dengar lagi tiap2 hari.
Kalau ada pape, mesti ada effect waktu dengar bacaan qur'an, azan dll kan? Tapi alhamdulillah xde pape..
Mungkin tekanan kuat kot sebab letih tengok orang histeria kat sini..
mungkin sebab kawasan kampung.. still ada ilmu hitam, sihir dll..aku teringat luqman hakim punya nasihat pada anak dia, untuk jauhi kemiskinan sebab kemiskinan akan mendekatkan kita dengan kekufuran..
(bila miskin, dengki dengan oang, hantar sihir..santau la.)